Saturday 10 December 2011

Padam monitor secara automatik sambil meneruskan muat-turun

Padam monitor secara automatik sambil meneruskan muat-turun

Bagi peminat tegar filem seperti saya, saya suka membiarkan komputer terpasang pada waktu malam untuk muat-turun filem menggunakan jDowloader. Namun silau daripada monitor adalah tidak baik untuk dibawa tidur ya adik-adik. Jadi saya tetapkan supaya monitor dipadam secara automatik sambil membiarkan muat-turun dijalankan.
Untuk membuat tetapan ini, buka Control Panel dan cari “Edit power plan”. Atau jika anda menggunakan laptop anda boleh tekan pada ikon bateri di Taskbar, dan pilih “Power Options”, kemudian pilih “Change plan settings”.
power-options-settings
Pada tetingkap yang seterusnya, ubah tetapan mengikut kesesuaian. Seperti contoh yang saya letakkan di atas, saya tetapkan “Turn off the display” kepada 5 minit. Pastikan “Put the computer to sleep” diletakkan pada ‘Never’ kerana anda masih ingin membiarkan proses muat-turun berjalan

Install Windows 7 atau 8 melalui USB Drive dengan Windows 7 USB/DVD Download Tool

Penggunaan CD/DVD semakin kurang kini, dan USB drive merupakan media yang lebih mudah dibawa. Artikel pada kali ini akan menerangkan langkah-langkah ringkas untuk menyediakan USB drive anda dengan media pemasangan Windows 7 atau 8.
Muat-turun dan lancarkan Windows 7 USB/DVD Download Tool (walaupun namanya Windows 7, namun ia juga boleh digunakan untuk Windows 8).
Tekan ‘Browse’ dan pilih fail ISO bagi Windows 8. Tekan ‘Next’.
install-windows-8-usb-01
Pilih “USB Device” sebagai media pemasangan.
install-windows-8-usb-02
Cucuk USB drive anda pada komputer dan pastikan ia dipaparkan, kemudian tekan “Begin copying”
install-windows-8-usb-03
Proses menyalin fail ke USB drive bermula, tunggu sehingga proses ini tamat.
install-windows-8-usb-04
Apabila proses selesai, anda sudah boleh menggunakan USB drive tersebut untuk memasang Windows 7 atau 8.

install-windows-8-usb-05