Wednesday 23 November 2011

PANDUAN FORMAT PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

  Nama penyelidik
 Nama institusi
 Isi kandungan

 PENDAHULUAN
 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN
 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN
 TINJAUAN LITERATUR
 KUMPULAN SASARAN
 PELAKSANAAN KAJIAN
 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
 SENARAI RUJUKAN
 LAMPIRAN

PENDAHULUAN

a. Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

 Menerangkan masalah yang dihadapi dalam pengajaran.
 Biasanya, penulisan menggunakan perkataan ‘saya’.
 Refleksi melalui pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dijalankan untuk menjelaskan masalah yang dihadapi.

 Refleksi kepada :
◦ Diri sendiri, Kanak-kanak, Persekitaran
◦ Kawan-kawan, isi kandungan, ABM
◦ Pendekatan P & P: strategi, teknik, kaedah,aktiviti
 Nyatakan masalah sebenar/pokok setelah membuat refleksi (tapi belum menjalankan kajian saintifik-penyelidikan)

FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN

a. Isu keprihatinan/ Fokus Kajian

 Kenal pasti dan nyatakan isu / masalah sebenar.
 Menghuraikan isu/ masalah berkenaan.
 Rumuskan masalah yang telah di kenal pasti – senaraikan.

b. Tinjauan masalah

 Tujuannya ialah supaya masalah yang di kenal pasti dapat dibuktikan melalui kaedah saintifik (penyelidikan – alat kajian- analisis).
 Nyatakan alat-alat kajian yang digunakan untuk mengenal pasti isu/ masalah.
 Paparkan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
 Terangkan sebab menggunakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
 Terangkan bagaimana menggunakan alat-alat kajian berkenaan iaitu terangkan cara pelaksanaannya sehingga mendapat data yang diperlukan (langkah-langkah)

c. Analisis masalah

 Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat-alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv)
 Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh
 Buat kesimpulan setiap satu hasil/dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu keprihatinan). Pastikan dapatan/hasil menerangkan isu/masalah yang dinyatakan.
 Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil)- Rumusan penyelidik.

OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN

 Tentukan objektif umum kajian ( seperti tujuan kajian)
 Tentukan objektif khusus kajian (seperti objektif kajian)
 Kedua-dua merujuk kepada masalah/ isu yang telah dikenal pasti dan telah dibuktikan dengan kaedah saintifik/ alat kajian.
 Objektif hendaklah berkaitan dengan tindakan/intervensi (strategi, kaedah, teknik, pendekatan,aktiviti, program)
 Objektif hendaklah boleh diukur dengan menggunakan alat-alat kajian yang dipilih (Lihat alat kajian yang digunakan).
 Gunakan perkataan –peningkatan, perkembangan, mengubah sikap pelajar, menghasilkan penulisan..

KUMPULAN SASARAN

 Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut: bilangan, jantina, nama kelas/jawatan, prestasi akademik, ciri-ciri unik yang lain.

PELAKSANAAN KAJIAN

1. Perancangan langkah-langkah tindakan
2. Perancangan cara mengumpul data
3. Perancangan cara menganalisis data

Perancangan langkah-langkah tindakan

 Menyatakan pendekatan/ program/ aktiviti/kaedah/ teknik yang digunakan.
 Terangkan cara pelaksanaan setiap satu secara terperinci.
 Terangkan secara berperingkat-peringkat/ langkah-langkah /proses menjalankan aktiviti/ kaedah/teknik berkenaan.
 Nyatakan bahan/ alat/ BBB/BBM yang digunakan ketika melaksanakan tindakan/ intervensi.

Perancangan cara mengumpul data

 Menyatakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) yang digunakan.
 Menerangkan setiap satu cara mengumpul data-data kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).
 Lebih baik- alat kajian yang digunakan lebih daripada 1 supaya boleh membuat ‘triangulasi’.
 Terangkan bagaimana setiap satu alat kajian digunakan untuk mendapatkan data.
 Jangan lupa rujuk semula objektif kajian dan masalah kajian

Perancangan cara menganalisis data

 Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).
 (Terangkan bagaimana menganalisis dan menggunakan kaedah apa).
 *Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh – pemerhatian, analisis dokumen, temu bual, soal selidik dll.
 *Buat kesimpulan setiap satu dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu keprihatinan).
 *Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil) – Rumusan penyelidik.

*Tidak perlu ada dalam proposal penyelidikan.

PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

a. JADUAL PELAKSANAAN KT

Paparkan jadual pelaksanaan menjalankan penyelidikan tindakan.

i. Jadual (Bil, aktiviti, tarikh)
ii. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal – 5 hari
iii. Menentukan Objektif/ soalan kajian – 1 hari
iv. Merancang tindakan – 3 hari
v. Melaksanakan tindakan – 8 hari
vi. Menganalisis tindakan – 2 hari
vii. Membuat refleksi – 1 hari
viii. Menulis laporan kajian – 10 hari
ix. Pembentangan dapatan kajian – 2 hari

b. KOS KAJIAN

 Sediakan dalam bentuk jadual:
◦ Bil. ,Harga se unit, Bilangan unit, Jumlah harga,Jumlah keseluruhan
 Pengangkutan (Jika perlu)
 Senaraikan semua bahan yang di gunakan dalam kajian.

TINJAUAN LITERATUR

 Menerangkan konsep yang digunakan, teori, model, program yang berkaitan dengan soalan-soalan/ objektif kajian
 Menghuraikan kajian lepas yang berkaitan dengan soalan/ objektif kajian
 Nyatakan : nama penulis, tahun, tempat kajian, bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, kaedah analisis dan dapatan kajian
 Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan (tepat)


PENULISAN RUJUKAN

 Sila rujuk cara menulis mengikut sistem APA:

◦ Jurnal
◦ Buku
◦ Buku dalam buku
◦ Topik dalam buku
◦ ERIC document
◦ Jurnal online
◦ Online/ Web site/page
◦ Tesis
◦ Report
◦ Seminar/ prosiding

PENENTUAN TAJUK

 Dihasilkan daripada masalah/ isu yang dihadapi.
 Maksimum dalam 12 perkataan sebaik-baiknya.
 Contoh : Meningkatkan kemahiran membina ayat mudah di dalam penulisan Bahasa Inggeris menggunakan “little book technique”.
 Meningkatkan ....... Di dalam ....(Nyatakan pendekatan/ aktiviti/ program dll).

MAKSUD ICT

Assalamualaikum,
Di sini saya ingin kongsi info mengenai maksud ICT dari pemahaman saya melalui pembacaaan daripada internet. 
sebelum kita mengetahui maksud ICT, telebih dahulu saya ingin menerangkan maksud teknologi maklumat iaitu sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan, memcari, memaparkan maklumat mengenai sesuatu perkara atau peristiwa. ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. 
Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat. Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. 
  1. teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat yang digunakan membuat suntingan dengan menggunakan teknologi.
  2. untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
  3. digunakan untuk berkomunikasi iaitu menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.