Saturday, 15 October 2011

Catat dan cari nota secara mudah dengan ResophNotes


ResophNotes adalah sebuah aplikasi mencatat nota yang dilaksanakan dengan indah sekali. Keistimewaanya terletak pada betapa mudahnya untuk memulakan nota, serta mencarinya kembali.
Dua halangan terbesar dalam memulakan nota adalah memberi tajuk, dan menyimpan fail (sebab itulah kadang-kala kita lebih gemar mencatat nota di Sticky Notes berbanding Notepad/Word). ResophNotes menghapuskan halangan ini dengan cara berikut:
  • Tajuk bagi nota baru diberi secara automatik berdasarkan kandungan nota.
  • Nota akan disimpan secara automatik sambil anda menaip.
Untuk merujuk kembali nota yang lalu, anda tidak perlu menyemak satu-persatu nota yang telah ditulis, sebaliknya gunakan sahaja fungsi carian. Fungsi carian pada ResophNotes adalah sangat cemerlang kerana:
  • Hasil carian akan dipaparkan secara serta-merta sewaktu anda menaip.
  • Carian dibuat ke atas kandungan nota, jadi apa sahaja kata kunci yang anda gunakan untuk mencari, biasanya anda akan temui nota yang diinginkan.
  • Kotak carian adalah sama dengan kotak tempat anda memulakan nota baru, mengelakkan nota yang sama ditulis dua kali.
ResophNotes adalah contoh bagaimana sebuah perisian sepatutnya dibina, di mana saya tidak perlu fikir akan pengurusan nota seperti memberi tajuk atau menetapkan kategori/tag. Sebuah perisian yang bagus membenarkan anda menggunakannya tanpa perlu banyak memikirkan tentang perisian itu sendiri, supaya anda boleh menumpukan perhatian kepada tugas yang anda ingin lakukan.

Cari makna perkataan dengan WordWeb


Daripada pengalaman saya, untuk mahir dalam Bahasa Inggeris, adalah lebih elok bila kita merujuk kepada kamus Inggeris-Inggeris berbanding dengan Inggeris-Melayu. Ini kerana ia akan melatih kita untuk membiasakan diri dengan struktur ayat serta bagaimana perkataan tersebut digunakan, bukan hanya sekadar terjemahan tersebut perkataan sahaja.
Untuk mencari makna sesuatu perkataan, biasanya kita menggunakan Google. Hanya taipkan ‘define: perkataan’ dan Google akan memaparkan maksudnya dalam Bahasa Inggeris.
Namun jika anda mahukan perisian yang boleh berfungsi tanpa sambungan Internet, gunakan WordWeb. Bukan sahaja ia lebih pantas, malah ia boleh dilancarkan dari mana-mana aplikasi lain dengan menekan kekunci: Ctrl + Klik kanan (pada perkataan yang anda ingin cari maknanya).
SNAGHTML8d4996f
WordWeb adalah perisian kamus Inggeris ke Inggeris. Selain menerangkan maksud perkataan, ia juga memaparkan sinonim, antonim, serta perkataan yang hampir sama maksudnya (thesaurus).
Gunakan WordWeb untuk membantu anda memahirkan diri dalam Bahasa Inggeris. Cara paling berkesan untuk tujuan tersebut adalah dengan banyakkan membaca. Tidak kiralah samada anda minat novel, berita, ataupun artikel berkenaan teknologi – hanya teruskan membaca!

Tangkap screenshot dengan mudah menggunakan Greenshot


Agak sukar untuk saya mencari perisian screenshot yang bagus dengan harga yang berpatutan. Sebelum ini saya menggunakan FastStone Capture dan SnagIt, namun harga kedua-duanya adalah agak mahal.
Mujurlah baru-baru ini saya berjumpa dengan perisian sumber terbuka yang dipanggilGreenshot. Dari segi fungsi yang ditawarkan, ianya sangat menyerupai FastStone Capture di mana anda boleh:
  • Menetapkan kawasan yang ingin ditangkap secara manual (Prt Scr)
  • Menangkap keseluruhan tetingkap (Alt + Prt Scr)
  • Menangkap keseluruhan skrin (Ctrl + Prt Scr)
_2011-10-10_10-31-03
Greenshot juga menyediakan editor untuk anda menyunting gambar yang telah ditangkap. Anda boleh menambah anak panah, garisan, perkataan, dan banyak lagi.
Greenshot image editor - Greenshot_2011-10-10_10-42-22.png_2011-10-10_10-54-31
Greenshot merupakan sebuah perisian yang sangat fokus dan minimal. Dari segi antaramuka, selain daripada editor, antaramuka Greenshot hanyalah sebuah ikon pada taskbar. Dari segi fungsi pula, Greenshot hanya memiliki fungsi yang penting sahaja dan tidak menyemakkan dirinya dengan fungsi-fungsi lain yang kurang berguna (seperti apa yang berlaku pada SnagIt). Yang paling penting sekali, Greenshot adalah percuma dan sumbernya adalah terbuka, sebab itulah ia menjadi perisian screenshot pilihan saya kini.
Apa yang saya harapkan pada versi Greenshot yang akan datang, adalah ia membenarkan anda untuk mengubah tetapan hotkey, serta menambah fungsi resize pada editor.
Adalah boleh muat turun Greenshot di sini.
http://www.k-jawi.gov.my/kalamportal/index.jsp